Jumaat, 27 April 2012

:: ANTARA KELEBIHAN/FADILAT SURAH AL-IKHLAS ::

Dari Imam Bukhari, diriwayatkan daripada Abu Sa'id al-Khudri; seseorang mendengar bacaan surah al-Ikhlas berulang-ulang di masjid. Pada keesokan paginya dia datang kepada Rasulullah s.a.w. dan sampaikan perkara itu kepadanya sebab dia menyangka bacaan itu tidak cukup dan lengkap. Rasulullah s.a.w berkata, "Demi tangan yang memegang nyawaku, surah itu seperti sepertiga al Quran!"

Dari Al-Muwatta', diriwayatkan oleh Abu Hurairah; Saya sedang berjalan dengan Rasulullah s.a.w, lalu baginda mendengar seseorang membaca surah al-Ikhlas. Baginda berkata, "Wajiblah." Saya bertanya kepadanya, "Apa ya Rasulallah?" Baginda menjawab, "Syurga" (Wajiblah syurga bagi si pembaca itu).

Sabda-Sabda Rasulullah SAW

" Barangsiapa yang membaca surah Al-Ikhlas, maka seakan-akan dia telah membaca satu pertiga Al-Qur'an"
( Hadith Riwayat Ahmad dan An Nasai ).
 
Dari Abu Hurairah r.a. - Rasulullah SAW bersabda :
"Barangsiapa membaca 'Qulhuallah (sehingga akhir ayat), maka seolah-olah dia telah membaca sepertiga Al-Qur'an"
 
"Barangsiapa yang membaca surah Al-Ikhlas tiga kali, maka seakan-akan dia telah membaca Al-quran seluruhnya".
( Hadith Riwayat Al'ugaili dan Rajaa Al Ghanawy )
 
"Barangsiapa yang membaca surah Al-Ikhlas sebelas kali, Allah SWT membangunkan rumah untuknya di syurga.."
( Hadith Riwayat Ahmad dan Muadz bin Aras )
 
Dari Ubay Ibn Ka'ab - Rasulullah SAW bersabda :
"Barangsiapa membaca Surah Al-Ikhlas satu kali, maka Allah SWT menganugerahkan kepadanya pahala seorang yang beriman kepada Allah SWT, MalaikatNya, Kitab-KitabNya dan Rasul-RasulNya, dan Dia menganugerahkan kepadanya - dari - pahala seperti pahala syuhada"
 
"Ketika aku (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka aku telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang Sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas dari timur ke barat (masyrik ke maghrib) Pada setiap padang Sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut, maka berkata mereka "Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini, kami berikan kepada orang yang membaca Surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan" (Riwayat Ibnu Abbas)
 
"Demi Allah yang jiwaku di tanganNya, sesungguhnya 'Qul Huwallahu Ahad" itu tertulis di sayap malaikan Jibrail A.S., 'Allahus Somad' itu tertulis di sayap Mikail A.S., 'Lam Yalid Walam Yuulad' tertulis pada sayap Malaikat Izrail A.S. 'Walam Yakullahu Kufwan Ahad' tertulis pada sayap Israfil a.s."

- SeLaMat BeRaMaL -

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Khamis, 26 April 2012

:: Ayg PuLak Nk SaMbUNg CiTe 14th May aBg ::

' Memori 14th May' tpahat kukuh di ati ini.. Rasa nk patah balik?? Tpkn aBg cm xnk balik jer bila dh jumpa.. Kn.. Kn.. Kn.. Hehehe.. Bgaya cm artis?? Isshhh3.. Mane ader.. Yg aBg tue.. Perghhh!! siap bgayer cm SRK lg.. Maklum mase tue tgah hangat cite Kuch Kuch Hota Hai..:-)Dgn penuh konfiden n control ensem abg turun dr kete..' Saat ΜȺțȺ bertentang ΜȺțȺ.. ΉȺȚȋ mula ɃȆȒǨȺțȺ2 '.. ' Errmmm.. Mcm aktor Bollywood ler..'' ↚Cewahhhh↛!!!!~♥Ơ̴̴͡.̮Ơ̴̴̴͡.. Pape pn.. Ayg amat bsyukur dgn pertemuan itu.. Simfoni & Cinta Abadi nyanyian Blackrose slalu ayg putarkn bila teringat n rindukn áƀğ'.. Mere 'ŷŐƥ' ayg yg jauh..

Sume memori tue akn ayg kenang pai ke akhir hayat.. Áƀğ sntiasa ada menemani ayg dikala ayg memerlukan n tnpa jemu mberi ayg suntikan semangat.. Bg ayg masa tue áƀğ laa yg paling ensem n macho kt Bkt Sentosa tue.. ȞёҢёҢёҢё!!!

'ɇ-βΐɀɀ ɆЍȾɆȒȾȺȊǸϺЄЍȾ 'kdai ayg tue laaa 1st time dating kita.. Ayg xkn lupa saat itu smpai bila2.. (aYg rindu laaa kdai tue) Ŝőß!!! Ŝőß!!! Ŝőß!!!.. Hari silih bganti.. Hbgan kita semakin erat.. Abgpn mmg dh xleh bpisah dgn ayg.. Kann!! Kann!! Kann!!! ȞёҢёҢёҢё!!! (Cer Ngakuuuuu!!!~))

Kini.. Áƀğ telah mnjadi suami ayg.. Suami ayg yg tlalu baik.. Hari2 ayg sntiasa disirami dgn kshsyg áƀğ.. Áƀğ hak milik ayg yg kekal abadi hingga ke hujung nyawa.. Ayg hargai stiap pengorbanan áƀğ.. Kasihsyg áƀğ.. Tiada dpt ditukar ganti@dibeli dgn wang ringgit.. Tlalu bharga.. Timaksh aBgsYg.. aYg syg áƀğ sgt2..♥♥♥♥ ΜмϺЏцџǚύҋΰӣӑӓǎѧӉҺԊԋǃ!ǃ!ǃ

Kita tempuh sgala dugaan n rintangan utk terus bsama.. Andai ayg alpa.. Tegurlh ayg.. Bimbing n nasihatkn ayg.. Ayg tau ayg xsbaik Ct Khadijah.. Tp ayg cuba utk jd yg tbaik d ati áƀğ..
Selama kita menempuh ALAM BERUMAH TANGGA.. AYg sdar kita tidak slalu akn melalui jalan bertabur bunga.. tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.. Cuma kita Jangan saling berlepas tangan.. tapi sebaliknya semakin erat berpegang tangan.. Genggamlh tgn ayg erat2..

HUrrrmmm!!~ pjg lebar dh apa ayg tulis nie.. Rasa2nya nk stop dulu & will be continue to d next episode plak ok.. (~_^)

Pape pn ayg pcaya..'''ǨȉȾȺ ȚȉǷȺǩ ȺǩȺǸ ǷǨȺΉŴǸǨȺǸ ǷǦǸ ȘɆȘɆȪȐȺǸǴ ȺȾȺȘ ȘɆɃȺɃ ɈȺȾȖΉ ȻȉǸȾȺ ȺȾȺȖ ȘȺȽȉǸǴ ȻȉǸȾȺ ΜɆǸȻȉǸȾȺȉ.. ǨȄȐȺǸȺ ǨȉȾȺ ȺǨȺǸ ƁɆȐǨȺĤŴȉǸ ǷǦǸ ɈȬǷȬΉ ǨȉȾȺ..ɈȬǷȬȞ ȲȺǸǦ ȺĹĹȺȞ ȾɆĹȺȞ ȾɆȾȺƤǨȺǸ ȘȆɈȺǨ ȺŽȺȽȉȉȉȉ..'''
ȺήǷȺȉ ȊȾȖ ɈȰǷȰΉ ǨȉȾȺ.. ǷȉȺ ΜȉĹȉǨ ǨȉȾȺ ȘɆĹȺΜȺǸYȺ.. ♥♥♥

Is3 áƀğ Yg SoMeL:-
♥ EffaNuaR ♥

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

:: SkeTsa AwaL & PeNgHujuNg PeRkahWiNaN ::

CHaaKkkkkkkk!!!





Is3 áƀğ Yg SoMeL:-
♥ EffaNuaR ♥



Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

:: MoRaL oF tHe sToRy ::

FANTASI KANAK2:-

Suatu hari Cikgu Ramlah meminta pelajar-pelajarnya menceritakan sebuah cerita kemudian menyatakan moral cerita tersebut..

Farah mengangkat tangan dan memulakan ceritanya : Satu malam selepas menyiapkan kerja sekolah saya ingin tidur.. Saya menutup lampu dan terus duduk di atas katil.. Saya terasa terduduk di atas sesuatu dan ianya patah.. Saya membuka lampu dan melihat pembaris kartun kesayangan saya patah..

Cikgu bertanya apakah moralnya.. Farah menjawab : Moralnya kemaskan alat tulis sebelum tidur..

Lily pula mengangkat tangan dan bercerita : Satu malam saya memakan coklat dan selepas makan coklat saya terus tidur.. Esoknya saya sakit gigi..

Cikgu bertanya apakah moralnya.. Lily menjawab : Moralnya ayah cakap kena gosok gigi sebelum tidur..

Adik Azman mahu juga bercerita : Bapak sedara saya seorang askar.. Suatu hari kapal terbang tentera yang dinaikinya ditembak musuh.. menyebabkan ia menjunam terhempas.. Bapak sedara saya sempat terjun dan semasa terjun dia sempat mengambil pistol dan M16. Tanpa disangka bapak sedara saya terjatuh di tengah-tengah kawasan musuh seramai 70 orang.. Bapak sedara saya menembak mati 50 puluh musuh dengan M16 sehingga kehabisan peluru.. 10 lagi musuh ditembak mati dengan pistol namun ia juga kehabisan peluru.. Lalu bapak sedara saya membunuh 10 lagi musuh hanya dengan tangan kosong..

Cikgu Ramlah meneguk air liur mendengar cerita Adik Azman.. Lalu bertanya apakah kemungkinan moral ceritanya..

Adik Azman menjawab : Jangan sesiapa main-main dengan saya.. Nanti saya report bapak sedara saya.. ~ NgEeeeee!!!~ Hahahahaha..


:: ISTERIKU LIZA ::

"Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit," kata Liza lembut sambil membetulkan pakaian Usin. Usin tersenyum memandang isterinya."Cantik isteri abang hari ni," Usin mencubit pipi Liza lembut. "Ayah, ayah, cepat la yah," Farah dan Adi meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung. "Yelah, yelah, ayah dah siap ni." Liza hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak-anak mereka yang comel dan manja. "Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni, ye?" "Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru kali ni abang ada peluang untuk cuti panjang." Usin berkata kepada isterinya tercinta.

Perjalanan daripada KL ke Tangkak mengambil masa lebih kurang empat jam. Farah dan Adi dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan isterinya, Liza. "Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung," Usin berkata dalam hati.

Sedikit demi sedikit Usin menekan minyak keretanya. Semakin lama keretanya semakin laju dan Usin semakin seronok. Usin dah tak sabar untuk segera sampai ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Honda Civicnya mula memecut.Usin cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya. Bangga betul Usin masa tu. Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya yang sedang tidur.

"Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?" tiba-tiba Liza terjaga dari tidurnya."Tak ada apa la sayang, rileks...cepat sikit kita sampai kampung nanti." "Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa....jangan laju sangat bang,20 Liza takut." Liza cuba memujuk Usin supaya memperlahankan kenderaannya. "Rileks Liza?tak ada apa-apa," Usin terus memotong bas ekspres di depannya tanpa was-was.

"Haaa..kan, tengok. Tak ada apa-apa kan?" kata Usin setelah berjaya memotong bas ekspres tadi. "Sudah la tu bang." "Ha... tu ada satu lagi bas ekspres. Liza tengok abang motong dia aaa...." Usin terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai.

Usin terus membelok ke kanan untuk memotong dan ....di depannya tersergam sebuah lori balak yang besar dan gagah dan..... BANG!!

"Usin....bangun Sin," sayup-sayup terdengar suara emaknya. Usin membuka matanya. Dia terlihat emaknya di situ. "Mana Liza mak? Macammana dengan Liza mak? Farah, Adi....mana anak-anak saya mak?" Bertubi-tubi Usin menyoal emaknya. Usin tak dapat menahan kesedihannya lagi. Usin menangis semahu-mahunya di depan emaknya.

Emaknya memandang Usin tepat-tepat. "Macamana dengan isteri Usin mak, Liza?" Usin masih terus menangis.

PANGGG!!

Kepala Usin yang botak itu ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Usin terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu? "Banyak la engkau punya isteri! Keja pun pemalas ada hati nak berbini. Tu la, tidur lagi senja-senja macam ni! Dah! Bangun pegi sembahyang!" emaknya terus merungut sambil berlalu keluar....

...Dan Usin tersengih keseorangan. Rasa macam nak masuk dalam tin biskut! Malu beb!!

Sekian.


Moral: Pandulah dengan berhati-hati walaupun di dalam mimpi.. ΉεΉȩ..

Is3 áƀğ Yg SoMeL:-
♥ EffaNuaR ♥
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Rabu, 25 April 2012

:: KhaS BuaT AbaNg ::

AbaNg..

"Dalam kehidupan seharian, kadangkala terjadi perkara-perkara yang menyusahkan, mengganggu jiwa dan emosi dan apa yang dibuat semuanya tidak kena. Alangkah indahnya sekiranya ada seseorang yang boleh membuatkan kita lupa akan perkara-perkara tersebut walaupun dengan hanya melihat wajahnya. Dan sesungguhnya Ayg telah berjumpa dengan seseorang itu.... Eheemmm!!!~

Kalaulah Abg bertanya kepada Ayg, sedalam mana cinta Ayg pada Abg... inilah jawapan Ayg - "Kalaulah satu hari Abg kehilangan suara.. Ayg akan memberikan suara Ayg.. Agar Abg dapat bersuara semula... Meskipun waktu itu Ayg akan bisu buat selamanya.. (Áƀğ msih sygkn Ayg x??:-)).. Dan kalau satu hari nanti Abg kehilangan hati.. Ayg akan memberikan hati Ayg kepada Áƀğ.. Agar Abg dapat hidup selamanya.. Meskipun waktu itu Ayg tiada lagi di dunia ini..


Oh Tuhan...
Walau apa jua ikatan yang kau simpulkan..
Ku pohon sejuta harapan
Agar KAU semaikan keredhaanMU sebagai ganjaran..
Atas penjalinan yang telah ditakdirkan
Iringilah dengan kedamaian dan ketenangan..
Moga akan menatijahkan kebahagiaan
Selama-lamanya berkekalan...InsyaAllah.


AYG SELALU INGAT AKAN PESAN ORG2 TUA:-


- 'Jangan Mencintai Seseorang Setinggi.Langit Kerana Langit Boleh Runtuh'..

- 'Jangan Mencintai Seseorang Sedalam Lautan Kerana Lautan Boleh Surut'..

- 'Jangan Mencintai Seseorang Sebesar Dunia Kerana Dunia Boleh Hancur '…

- 'Cukuplah Mencintai Seseorang Sehujung Kuku..
Walau Kecil.. Walau Selalu Dipotong.. Ia Akan Selalu Tumbuh'….

~ Begitulh dalamnya Cinta Ayg Pada Áƀğ ~ Mmmuuuaaahhhh!!!~




Is3 áƀğ Yg SoMeL:-
♥ EffaNuaR ♥

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

:: Luahan Hati Seorang Suami Untuk Isteri Tcinta ::

Cinta bagai sekuntum bunga indah menawan, yang membuai dengan hangat peluk kasih sayang, lembut dekapan naluri penuh pengertian, ungkapan kebaikan dan kejujuran, curahan keindahan senyum dan kesetiaan, rangkaian tenang bijak tindakan yang terangkum dalam rajutan kisah kehidupan.

Tak perlu orang tahu segala rahsia tentang sesuatu. Ku tak ingin ini semua menjadi berita, menjadi gosip semata. Tetaplah ini menjadi rahsia, tak usah bimbang andai hati sudah setia. Kerana ada cerita indah di antara kita.

Selama masih ada hangat suasana, kesepian tak lagi akan bermakna. Selama masih ada senyum ceria, kebahagiaan akan selalu terasa. Selama masih ada kebenaran mulia, arah hidup akan selalu terjaga. Semua akan terjaga saja selama masih ada iman dalam cinta di sana.

Bintang berkelip redup menemani bimbang sepi, mengalun jauh harungi malam dalam sunyi. Pastikan tercipta mimpi atau harus kau palingkan diri mu. Jangan terasa lelah bisikan cinta padu di hati mu.

Wahai Isteriku syg.. jika pesona cinta melelahkanmu, dengarkanlah satu kataku; lupakanlah gelisah di hati kecil mu, kuatkanlah langkah, basuh lukamu. Hari masih panjang dan waktu tetap setia berjalan. Esok mentari pagi pasti akan terbit menghangatkan hatimu, dan langit malam pun akan bertabur bintang menemani tidurmu.

Pejamkan matamu sayang dan sandarkan bebanmu serta lepaskan sepimu. Percayalah, pasti ada yang akan merindukanmu. Rindu untuk menghiasi setiap mimpi indahmu dan bahagia untuk mencintaimu. Tersenyumlah dan temukanlah cinta.

Tak perlu dirimu ku taburi dengan berjuta kata janji. Andaikan engkau mengerti, menyintaiku dengan setulus hati, pasti kau akan sentiasa menemani dan menambatkan cinta di dalam hati ini.

Terima kasih Ya Allah atas cinta yang Kau anugerahkan. Mempertemukan aku dengan isteriku dalam satu kisah perjalanan. Menyatukan hati dalam satu ikatan kepastian. Menghapus kehampaan saat hati dalam kesedihan. Menguatkan langkah ketika tak ada lagi tujuan, dan semakin memberi makna rangkaian kisah kehidupan.

Sesungguhnya tidak sempurna sekuntum bunga, andai tak bersatu dengan sang kumbang yang ada, seiring perasaanmu yang tulus setia, pastilah akan selalu kubangga dan kucinta. Akan kugenggam tanganmu untuk berjalan bersama, berjalan melintasi hamparan dunia membina mahligai cinta perjalanan cinta kerana-Nya.

Ketulusan cinta sejati bukanlah sekadar harus dicari akan tetapi harus diresapi, dipahami, dan dimengerti. Yang utama bukanlah kecantikan diri, akan tetapi keanggunan yang tercermin jauh dari dalam lubuk hati.

Banyak bunga tumbuh mekar mewangi, semakin mempesona di dalam taman puspawangi. Namun siapakah yang kusentuh dalam dekapan hati ini. Kau isteriku permata buaian cinta abadi. Mungkin takkan mampu ku ungkapkan segala kesetiaan cinta sejati.

Kudayung menelusuri samudera hatimu. Berharap akan temukan tempat berlabuh. Di mana sisi hati kan menuangkan segala keluh. Menambatkan hati hanya untuk satu yang kudamba, yang ku harap dalam cinta untuk selamanya.

Andai janji tak pernah didusta takkan ada yang kecewa. Andai cinta tak mendua takkan ada air mata. Cinta tak mungkir janji tapi bukti yang pasti. Hanya cinta sejati yang akan abadi sampai di akhir nanti.

Aku tak pernah tahu kebahagiaan sesungguhnya hingga saat kudapatkan cintamu, dan aku tak pernah tahu derita yang sebenarnya sampai kukehilangan mu. Terima kasih telah mengenalkanku pada kedua rasa yang takkan pernah kulupa.

Saat cinta datang mengetuk pintu hati, membawa sejuta perhatian dan setangkai kasih sayang, ku sambut dengan penuh senyum, setelah cinta singgah di hati, dunia terasa indah sekali. Mendung terlihat seelok pelangi, dan tak sabar esok hari datang lagi.

Tidurlah kasihku. Kujaga kamu dengan doaku, dan kuselimuti tubuhmu dengan cinta dan sayangku.



Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Khamis, 19 April 2012

:: PeBRet KaMi..' Yee Mee SizzLiNg' ::

Ermmmm.. Suka A♥A nk berkongsi dgn pembaca sume.. 'YMS' adalah antara makanan yg kami berdua suka sgt2 selain Puyuh Goreng Kunyit tue.. Ank2 pn mmg suka sgt.. Apaaa lg.. A♥A pon belajar sndiri laaaa wt 'YMS' nie.. Tp kena ada plate dia baru syokkk.. Kalu x mcm yee mee goreng bsah jer.. ΉεΉȩ..

Xcayer.. Korang try ler wt resepi 'YMS' nie.. A♥A berani ckap.. Mak Mertua lalu pn x6pak sbb tlampau sdap.. Hahaha!!!

Korang cuber2 laaa wt yer.. :-)


- Cara2 MeMbuat Yee Mee SizzLiNg -


Bahan-bahan ( 2-3 org makan )

2-3 sanggul (gulung) yee mee
5 ulas bawang putih
5 biji cendawan shitake ( cendawan kering)- rendam sehingga agak lembut dan potong 4
1 keping dada ayam- potong mengikut citarasa
3 biji cili kering- potong 2
2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap cair
1 sudu besar kicap pekat
1/2 in halia- hiris nipis
Serbuk lada hitam
garam- secukup rasa
Beberapa titik Minyak bijan
1 sudu besar Tepung jagung- dibancuh dgn sedikit air
sedikit minyak utk menumis
Cara-cara

Tumis bawang putih, cili kering dan halia sehingga naik baunya.
Masukkan ayam yg telah potong sehingga agak empuk.
Masukkan 2 cawan air.
Masukkan pula sos tiram, kicap cair dan kicap pekat. Masukkan pula serbuk lada hitam. Biarkan mendidih.
masukkan cendawan serta sayur2 lain- tunggu 2-3 min.
Masukkan campuran tepung jagung dan kacau.
Titikkan minyak bijan beberapa titik-jgn banyak2...
Akhir sekali, masukkan yee mee- biarkan sebentar & hidangkan panas2.



p/s : Amacammm?? Sdappp x?? Nie nk bgtau.. Meh nk bisikkkk jap.. Yg sebeno2 nyer A♥A lom ler teraiiiii wt lg.. Baru nk usha2 resepiiii dia.. Ok ler tue.. Hehehe.. Pehtu share ngn korang..
Kira xdekutttt iLmuu.. Kekeke..

- SeLaMat MenCuba -




Is3 áƀğ Yg SoMeL:-
♥ EffaNuaR ♥
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Rabu, 18 April 2012

♥ 13 CIRI ORANG YANG MENCINTAI KAMU . ♥

1. Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

2. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah. ( Mmg dh btambah pn..:-)).

3. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tau tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tau kegiatan kamu.

4. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, krn saat-saat itu ialah saat yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. krn saat bersamamu tidak selalu terulang.

5. Orang yang mencintai kamu selalu mengingat setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. karena dia menyematkan kata-kata mu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

6. Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, karena dia ingin tahu apa kgemaran kamu – kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun susah menggemari kesukaan kamu, tapi akhirnya dia bisa.

7. Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa. (CD JaMaL Abdillah.. ΉεΉȩ..)

8. Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup karena kamu telah menggetarkan dunianya.

9.Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

10. Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

11. Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!. bahkan dia begitu gembira krn dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari memenuhi permintaan kamu walau sesulit apapun permintaan itu.

12. Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Semua itu menjadi benda-benda yang berharga buatnya.

13. Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu krn sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.

Is3 áƀğ Yg SoMeL:-
♥ EffaNuaR ♥



Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

:: SoMeLLL SeSaNgaT ::

Is3 áƀğ Yg SoMeL:-
♥ EffaNuaR ♥


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

:: Dua JiWa MeNjaDi SaTu ::

Is3 áƀğ Yg SoMeL:-
♥ EffaNuaR ♥
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

:: TiPs PeRkaHwiNan DaRi UsTaz AzHaR iDRus ::

1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa'kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do'a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan.

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11 .KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.

12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan. 


.بِسْــــــــمِ اٌللَّهِ اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْـــــــــمِ
أٌلحَمْدُلِلَّهِ رَبِ اٌلْعَلَمِينَ*اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْمِ*مَلِكِ يَوْمِ اٌلدِّيْنِ*إِيَّاكَ نَعْبُوْدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِيْنُ*إٌهْدِنَا الصِّرَطَ اٌلْمُسْتَقِيْمُ*صِرَطَ اٌلَّذِيْنَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِّمْ غَيْرِاٌلْمَغْضُبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ اٌلضَّآلِّينَ*آمِـــــــــي

:- ' YA ALLAH. .Sesungguhnya sangatlah susah untuk menjadi seorang muslimah sejati... tetapi aku yakin dugaan dan semua hidayah mu.. INSYA ALLAH aku ingin & akan menjadi wanita SOLEHAH dan menjadi MUSLIMAH SEJATI... Ya Allah…. Lemahnya diri ini.. Aku pohon kekuatan daripadaMu Tuntunilah langkah aku biar hanya mampu merangkak.. Itu pasti lebih baik daripada terus rebah dalam kaku.. Ampunilah kekhilafan semalam.. .Atas kejahilan aku mengenal makna Kasih sayangMu..

Pada suamiku tsyg 'aNuaR aMiN'
Maafkanlh salah & silap ayg pd áƀğ selama pkahwinan kita ini.. Ampuni sgala dosa2 ayg.. Ayg bjanji akn mjadi is3 áƀğ yg baik di Dunia & d Akhirat.. Insya Allah..

Is3 áƀğ Yg SoMeL:-
♥ EffaNuaR ♥


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Selasa, 17 April 2012

:: Bingkai Hatiku ::


Post By:- 
Ur Somelll Wife.. 
♥ EffaNuaR ♥ 


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Isnin, 16 April 2012

:: PerbuaLan Si PeMaDam & Si PenseL ::

PENSEL : Saya minta maaf.

PEMADAM : Untuk apa?Awak tak buat salah pun dengan saya.

PENSEL : Saya minta maaf disebabkan saya,awak cedera.Setiap kali saya buat silap,awak pasti berada disitu untuk membetulkan kesilapan saya.Tapi setiap kali awak memadamkan kesilapan saya,awak kehilangan sebahagiaan dari diri awak,awak menjadi semakin kecil.

PEMADAM : Takpe,saya langsung tidak kisah tentangnya kerana... saya dibuat untuk membetulkan kesilapan yang awak dah buat.Walaupun suatu hari nanti saya tahu bahawa saya pasti akan hilang,saya bangga dengan kerja saya ni.Jadi jangan la risau sebab saya benci tengok awak bersedih...>_<
Lagipn saya terlalu SYG & CINTAKN awak SGT2..

PENSEL: MMmmmmuuuuaaaahhhh!!!


PeLakoN: PeMadaM (áƀğ)
PenseL. (aYg)


Post By:-
Ur Somelll Wife..
♥ EffaNuaR ♥
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Falsafah Cinta 5 Jari


Pasangan anda adalah anugerah yang tidak ternilai buat anda. Pernah dengarkah tentang falsafah lima jari? Tahukah anda mengapa cincin perkahwinan disarungkan ke jari manis, bukan di jari-jari lain?

Kini satukan kedua-dua belah tangan anda dan bengkokkan jari tengah ke dalam. Kemudian, empat jari yang lain dipertemukan di hujungnya.

Ibu Jari

Cuba buka ibu jari anda. Ibu jari boleh dibuka kerana ibu jari mewakili kedua-dua orang tua anda. Kelak suatu hari nanti, pasti kedua-duanya akan pergi meninggalkan anda buat selama-lamanya. Tutup kembali ibu jari.


Jari Telunjuk


Buka pula jari telunjuk anda. Jari telunjuk mewakili adik-beradik. Mereka juga bakal meninggalkan keluarga dan mengorak hala tuju masing-masing apabila tiba masanya. Tutup kembali jari telunjuk.


Jari Kelingking


Cuba pula buka jari kelingking yang paling kecil, ianya mewakili anak-anak anda. Lambat-laun, apabila anak-anak mempunyai keluarga sendiri, mereka juga akan meninggalkan anda. Tutup kembali jari kelingking.

Jari Manis
Dan sekarang, cuba buka jari manis, yang mana anda menyarungkan cincin perkahwinan padanya. Hairan kan mengapa anda tidak dapat membuka jari manis. Jari manis tersebut mewakili suami atau isteri anda. Tiada yang dapat memisahkan anda dan pasangan anda, kerana anda berdua telah ditakdirkan untuk bersama sehidup semati. Jadi, hargailah pasangan anda!

KESIMPULAN

Perkahwinan yang menjadi syurga dunia adalah titik tolak kepada syurga abadi yang menanti di sana. Syurga dunia ini lahirnya daripada kasih sayang dan rahmah yang terkandung di dalamnya. Firman ALLAH SWT yang bermaksud:

"Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan berasa tenteram kepadanya dan dijadikanNya antara kamu rasa kasih sayang dan rahmah." – Surah Ar-Ruum (30) ayat 21.


IkhLas DaRi::

Is3 someL áƀğ..
♥ EffaNuaR ♥

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Ahad, 15 April 2012

:: CiNta AguNg ::

 
Sebuah kisah Cinta Sejati, kisah nyata yg pernah terjadi di bumi ini...
Sekian ratus tahun yang lalu...
Di malam yang sunyi, di dalam rumah sederhana yang tidak seberapa luasnya... seorang isteri tengah menunggu kepulangan suaminya. Tak biasanya sang suami pulang larut malam. Sang isteri bingung.... hari sudah larut dan ia sudah sangat kelelahan dan mengantuk. Namun, tak terlintas sedikitpun dalam benaknya untuk segera tidur dan terlelap di tempat tidur suaminya. Dengan setia ia ingin tetap menunggu... namun, rasa mengantuk semakin menjadi-jadi dan sang suami tercinta belum juga pulang.

Tak berapa lama kemudian....seorang laki-laki yang sangat berwibawa lagi luhur budinya tiba di rumahnya yang sederhana. Laki-laki ini adalah suami sang isteri tersebut. Malam ini beliau pulang lebih lambat dari biasanya, kelelahan dan penat sangat terasa. Namun, ketika akan mengetuk pintu... terfikir olehnya sang isteri yang tengah terlelap tidur.... ah, sungguh ia tak ingin membangunkannya.

Tanpa berfikir panjang, ia tak jadi mengetuk pintu dan seketika itu juga ia membentang serbannya di depan pintu dan berbaring diatasnya. Dengan kelembutan hati yang tak ingin membangunkan isteri terkasihnya, sang suami lebih memilih untuk tidur di luar rumah.. di depan pintu... dengan udara malam yang dingin melilit... hanya beralaskan selembar serban tipis. Penat dan lelah beraktifitas seharian, dingin malam yang menggigit tulang ia hadapi.. kerana tak ingin membangunkan isetri tercinta. Subhanallah...

Dan ternyata, di dalam rumah.. persis di balik pintu tempat sang suami membentang serban dan berbaring diatasnya....sang isteri masih menunggu, hingga terlelap dan bersandar sang isteri di balik pintu. Tak terlintas sedikitpun di dalam fikirannya hendak berbaring di tempat tidur, sementara suaminya masih juga belum pulang. Namun, kerana khuatir rasa ngantuknya tak tertahan dan tidak mendengar ketukan pintu sang suami ketika pulang, ia memutuskan untuk menunggu sang suami di depan pintu dari dalam rumahnya.

Malam itu... tanpa saling mengetahui, sepasang suami isteri tersebut tertidur berdampingan di kedua sisi pintu rumah mereka yang sederhana... kerana kasih dan rasa hormat terhadap pasangan.... sang isteri rela mengorbankan diri terlelap di pintu demi kesetiaan serta hormat pada sang suami dan sang suami mengorbankan diri tidur di pintu demi rasa kasih dan kelembutan pada sang isteri. Nun jauh di langit....ratusan ribu malaikat pun bertasbih....menyaksikan kedua sejoli tersebut...

SUBHANALLAH WABIHAMDIH...

 Betapa suci dan mulia rasa cinta kasih yang mereka bina terlukis indah dalam ukiran akhlak yang begitu mempesona...saling mengasihi, saling mencintai, saling menyayangi dan saling menghormati...
Tahukah Anda... siapa mereka..?

Sang suami adalah Muhammad bin Abdullah, Rasulullah SAW dan Sang isteri adalah Sayyidatuna Aisyah RA binti Abu Bakar As-Sidiq. Merekalah sepasang kekasih teladan, suami isteri dambaan dan merekalah pemimpin para manusia, laki-laki dan perempuan di dunia dan akhirat.

Semoga rahmat ALLAH senantiasa tercurah bagi keduanya, dan mengumpulkan jiwa kita bersama Rasulullah SAW dan Sayyidatuna Aisyah RA dalam syurgaNYA kelak. Semoga ALLAH SWT memberi kita taufiq dan hidayah untuk bisa meneladani kedua manusia mulia tersebut. Amiin...amiin ya rabbal'alamiin....


Dari..
Is3 áƀğ Yg SoMeL:-
EffaNuaR