Assalamualaikum rakan2. Teman nak berkongsi suatu masakan kegemaran kami.
Ini adalah antara lauk kegemaran kami. Pada mulanya kami sangka ianya 'Puyuh Masak Kicap' tetapi anak pemilik restoran tersebut mengatakan nama masakan itu adalah 'PUYUH masak kunyit.
Masakan ini boleh didapati di Salmah Tomyam yang terletak di Cenderong Balai. Biarpun restoran tersebut terletak agak jauh dari Seri Iskandar tetapi kami rela menempuhi perjalanan hampir 2jam, pergi dan balik, demi menikmati kenikmatan rasanya.
'Adik' pun dah mula menyukai keenakannya. Cuma si'Äbanǵ' je yang belum berminat untuk mencuba merasainya. Untuk memenuhi selera, kami akan membeli 4 ekor untuk sekali hidangan.
Untuk makluman rakan pembaca blog ni, jangan mencuba kerana anda PASTI ketagih seperti isteri teman, ЀƒŦǟ.
Ĥѐнё.... Wassalamualaikum WBT.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan