Rabu, 31 Oktober 2012

:: PoWeR Lagi TNB ::

FACEBOOK : 'Akukenal dengan semua orang' ! ! ..

FRIENDSTER : A'aa, semua kenalan aku kau curi !

MYSPACE : Kami musuh anda wahai Facebook !

TWITTER : Takpe Facebook, aku back-up kau ..

GOOGLE : DIAMMM !! Aku ada semuanya ..

MOZILA : Ehh!!! tanpa aku.. korang tidak boleh diakses ..

IE : Wei Mozilla , sendrik mau ingat ha . . gua kan ada !

MOZILA : Lu pehal ??? Kacau line orang jer !

IE : Lu dulu la mamat , mengaku lu sorang jer boleh akses pada diaorang tadi ! !

INTERNET : Sudah !!! jangan gaduh-gaduh ! Kalau aku takde , korang lagi la takde ! Power tak aku ?

FACEBOOK : Hmmm.. Akulah yang paling ramai di kunjungi . Jadi gua yang terbaekkkkk !!!

YAHOO : Facebook.. jangan riak !! Kalau aku takde, mana boleh buat email !

GOOGLE : Yahoo.. Gua kan boleh buat email gak !

MAXIS, CELCOM, TMNET : (serentak) Ehem!! Lu org ingat kami ni kayu ???

TNB : Diamlah korang.. nanti aku matikan elektrik . . baru korang tau siapa paling power !!!


һаһаһаһаһаһаһаһа!!!!




- Is3 aBg Yg SoMeL-
♥ EffaNuar ♥

-:: WaRkaH bUat SuaMi ::-

~ Renungan untuk diriku dan sahabat sekalian ~


Wahai lelaki..
Fahamilah erti perkahwinan…

Perkahwinan menyingkap tabir rahsia..

Isteri yang kamu nikahi..
Tidaklah semulia Khadijah..
Tidaklah setaqwa Aisyah..
Pun tidak setabah Fatimah…

Isterimu hanyalah wanita akhir zaman..
Yang punya cita-cita..
Menjadi solehah..

Perkahwinan..
Mengajarkan makna kewajipan bersama..

Isteri menjadi tanah..
Kamu langit penaungnya..
Isteri menjadi ladang tanaman.. Kamu pemagarnya..
Isteri ibarat ternakan..
Kamu gembalanya..
Isteri adalah murid..
Kamu gurunya..
Isteri bagaikan anak kecil..
Kamu tempat bermanjanya..

Saat Isteri menjadi madu..
Kamu teguklah sepuas-puasnya.. Saat Isteri menjadi racun..
Kamulah penawar bisanya..

Seandainya..
Isteri tulang rusuk yang bengkok..
berhati-hatilah meluruskannya…

Perkahwinan..
Menyedarkan kamu..
Perlunya IMAN DAN TAQWA..
Untuk belajar lebih SABAR & REDHA..

Kerana Kamu miliki isteri..
Yang tidak sehebat mana..
Hanyalah wanita akhir zaman..
Yang punya cita-cita..
Menjadi wanita & isteri yg solehah..

Kamu akan tersentak dari alpa..
Kamu bukanlah Rasulullah..
Pun bukanlah Saidina Ali.. Karamaullahhuwajhah..

Cuma suami akhir zaman..
Yang berusaha menjadi suami yg soleh..

************************

Dalam sebuah hadis.. Ada menyebut perihal seekor syaitan yg duduk diatas pintu rumah.. Tugasnya ialah utk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan dihati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah..

Sebab itulah Rasulullah SAW tidak akan masuk rumah sehinggalah Baginda mendengar jawapan salam daripada isterinya.. Disaat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu..

- Wassalamm -


p/s: Sy saaaaaayaaaaannnngggg suami sy.. 'Mr aNuaR aMiN'!!~Ơ̴̴͡.̮Ơ̴̴̴͡
- Is3 aBg Yg SoMeL-
♥ EffaNuar ♥