Khamis, 24 Mei 2012

:: MaRi BeLaJaR BaHaSa BuGis ::

Assalamualaikum..
Aga KareBaaaa???:-)

Jommmm!!!!~ kita belajar bahasa Bugis yg aku tau serba sdikit nie.. Asal keturunan nenek moyangku dr Tanah Bugis yg bhijrah ke Sg.Kuali.. Pontian, Johor..
Sesungguhnya aku amat bbangga mpunyai darah Bugis yg mgalir dlm tubuhku.. Arwah ayahku.. (Allahyarham Mahmood Bin Daik) pernah bcerita pdku asal keturunan datuk n nenek moyangku.. Arwah datukku.. Allayarham Daik Bin Bunga.. Kata arwah ayah mmg ada kena mengena dgn sejarah Daik di PuLau Lingga..
Aku pn xberapa pasti laa.. Sbb dulu time arwah bcerita aku main2 jer dgar.. Maklum aku pn xberapa matang masa tue.. ΉεΉȩΉεΉȩ!!!!!~ Tp mmg aku amat bbangga dgn darah kepahlawanan.. Keberanian serta ktangkasan mrk..

Pangai aku pn kdg2 mcm Bugis gak.. Barannn!!! ΉεΉȩ.. Tp cpat jer cool.. Hahahaha.. Sabor jer laaaa dgn pangai aku nie.. Sian somi aku yg kena melayan peel aku yg kdg mcm betul n kdg mcm xbetul jer aku rasa.. Kikikikiki!!!!!~

Mmmuuuaaahhhhh!!! Kt somi aku yg slalu pning nk layannn karenah aku nie.. Mmg ǡƅǧ mpunyai tahap ksabaran yg tinggiiii.. Syg sgt2 kt Aƅǧ.. :-)

Mohh kiter belajar ckp yg senang aje yer.. Sbb cuma itu jer laaa yg arwah ayah aku ajar dulu.. Hehehe!!!!~

Makan = mandre
Minum = minung
Duduk = tudang
Bangun= berdiri
Tidur = matindro
Baring = liuk
Bercakap = mabbicara
Berjalan = jokka
Berlari = lari
Mandi = dio
Bekerja = mappalaung
Berniaga = mabbaluk
Membeli = melli / mengelli
Bermain = maccule
Berak = jambang
Kencing = temeh
Mimpi = katulu-tulu
Memburu = maddengeng
Tumbuk = cakguruk
Lempang = leppak
Sepak = tempa
Menyapu = massering
Membasuh = massessak / mabbissa

Makan : Mandre
Nasi : Nandre
Mau/Nak/Ingin : Melo

Saya Hendak Makan Nasi = "Melo Kak Mandre Nandre"

Aga: Apa
Kareba: khabar

Apa khabar = Aga Karebaaa???
Maka haruslh menjawab 'ALhamduLiLLah..MadeceNg'.. (ALhamduLiLLah.. Baikkkk..)

Hurmmm.. Bole ler pektis ckp yer pasnie.. Aku pn lom abis belajar bahasa Bugis nie.. Nk pektis ckp dgn somi dia pekat Pherokkk!!! ΉεΉȩΉεΉȩ..


Okeyyyy.. SeLaMat MenCobaaaaa!!!!!!

p/s: Cucu Bugis yg minat Industan.. Boleee kerr??? Hehehe..
- Is3 aBg Yg SoMeL-
♥ EffaNuar ♥

:: AbaNg & Kamera DSLR Nyer ::

En.Somi ksygan aku nie mmg minat giler dgn camera DSLR nie.. Dh laa tue.. Aku gak yg jd mangsa mjadi model dia.. Kdg2 aku tgah bdgkur pn dia snap gak.. Bak kata org xkira masa.. Hahaha.. Apa nk buat yer dakk?? Dh hobi dia cenggituuu.. Asal ǡƅǧ bahagiaaa..
Hehehehe..



So.. Aku pn apa lg tpaksa ler mjadi model dia tnpa relaaa.. ΉεΉȩ.. Berikut aksi2 somiku dgn gaya yg tsendirinyaaa.. Apa pn.. ǡƅǧ mmg sorg photographer yg hebattt.. Bangga jer bila byk gambar2 lam surat khabar Sinar Edisi Perak adalah hasil dr gambar yg diambil oleh ǡƅǧ.. Gud job abgsyg.. Luv u a lot!!!!~




p/s: Tunggu smpai masa & ketika.. Ayg lak nk snap gmbo ǡƅǧ tgah bdgkur lak.. Nk blas dendamm.. Hehehe.. Akan tiba saat tue.. Saat yg ku idamkn kater Amy Search.. Kekekeke..


- Is3 aBg Yg SoMeL-
♥ EffaNuar ♥

Ahad, 20 Mei 2012

:: KoLeKsi CeRiTa-CeRiTa LaWaK ::

:: ŠĖɈÂŔĂĤ ŇĀΜĀ ŇĚĜĚŘĪ ƤĂĤĂǸĜ ::


Menurut buku yang ditulis oleh R.O. Windstedt nama Pahang pada mulanya ialah Inderapura. Pada suatu ketika Raja negeri Inderapura Makmur Shahbana ketika itu berhasrat menukar nama Inderapura Makmur Shahbana kepada suatu nama yang ringkas dan sedap di dengar. Beliau meminta Bendahara mencadangkan kepada rakyat jelata bahawa beliau akan memberi seuncang emas dan sepersalinan pakaian baru kepada sesiapa yang dapat memberi nama baru yang menarik. Beliau memberi tempoh selama tiga hari untuk orang ramai tampil ke istana mencuba nasib. Pada hari pertama tidak ramai yang datang ke istana. Kalau ada pun seorang dua. Raja Inderapura pula tidak berkenan. Masuk hari kedua jumlah yang datang berkali-kali ganda dari hari pertama namun semua tidak mendapat tempat di hati raja. Pada hari ke tiga datanglah dua orang sahabat karib ke istana ketika hari masih pagi benar. Ketika ditanya apakah nama yang hendak mereka berikan, kedua mereka berlumba-lumba bersuara.

"Hamba cadangkan nama Karma Sari."
"Hamba pula cadangkan Margapura."
"Karma Sari lebih molek."
'Molek lagi Margapura."
"Pilihlah Karma Sari!"
"Margapura!"
"Karma Sari!"
"Margapura!"
"Karma Sari molek!"
"Molek lagi Margapura!"
"Tengkorak hang!"
"Opah hang!"
"Opah hang!"

"Sudah! Sudah!" Tiba-tiba raja Inderapura mencelah,"Dalam banyak-banyak nama yang kamu sebutkan tadi, Beta amat tertarik dengan nama yang terakir kamu berdua berikan tadi, apa tadi… haaa? Opahang! Ya… opahang! Pahang sedap nama tu mulai hari ini beta namakan negeri ini dengan nama baru iaitu Pahang." Demikianlah kisahnya.

НаНаНаНаНа!!!!~


::  ƁŰĂŃĞ ĀŇĂĶ ::


Di pagi hari yang nyaman,dua orang sudah lanjut usianya duduk berehat-rehat. Pak Abu dan Pak Majid namanya. Yang Pak Abu membaca surat khabar manakala Pak Majid hanya duduk termenung jauh sambil hisap rokok daun.

Pak Abu: Majid, engkau tengoklah berita hari ini. Ada orang sanggup jual anaknya.

Pak Majid: Hmmmmm. Jawab Pak Majib macam acuh tak acuh je.

Pak Abu: Kot pun terdesak nak duit janganlah jual anak. Banyak lagi cara nak dapat duit. Kerja kat pam minyak ke, jual kacang putih ke, jual surat khabar ke. Betul tak Majid…?

Pak Majid:Hmmmmmmm… Sambil mengembus asap rokok daunnya keluar melalui hidungnya…

Pak Abu: Kau ni kenapa Majid? Takkan berita ini kau tak ambil peduli ke? Ini melibatkan kemanusiaan tahu. Binatang pun tahu nak jaga anaknya.

Pak Majid: Hmmmm….Nilah aku nak bagitau engkau. Kalaulah aku masa muda-muda dulu..Aku jual je anak-anakku tu..

Pak Abu: Hah??? Engkau biar betul Majid!

Pak Majid: Hoii.. Engkau sedar tak sekarang ni berada di mana? Sedarlah Abu….Kita sekarang di RUMAH ORANG TUA. Kalaulah aku tahu perangai anak-anak aku tu macam nilah, dah lama dah aku jual budak-budak tu!

Pak Abu: НеНеНеНеНеНе!!!~

:: ŠŰĂΜȉ ȉȘȚȆȐȊ ::


Sepasang suami isteri telah berselisih faham dan tidak
bertegur sapa. Pada suatu malam si suami telah menulis satu nota...

" KEJUTKAN SAYA PUKUL 6.30 PAGI "

...dan meletakkan nota itu di sisi isterinya yang sedang tidur. Keesokan harinya si suami terjaga dari tidur dan mendapati jam di dinding telah menunjukkan pukul 8.00 pagi. Didapati di sisinya terdapat satu nota bertulis...

" BANG, BANGUN BANG..... SUDAH PUKUL 6.30 PAGI "

НаНаНаНаһ!!!!!~һҽһҽһҽ!!!~

- Is3 aBg Yg SoMeL-
♥ EffaNuar ♥

Khamis, 17 Mei 2012

:: CeLebRaTiNg BesDay aBaNg ::

Abgsyg.. Maafkn ayg sbb tiada hadiah yg mahal dpat ayg berikn pd ǡƅǧ.. Hnya ucapan kshsyg sbg memperingati hari yg amat bmakna skali buat abg.. Ayg doakn smoga ǡƅǧ dikurniakn kesejahteraan yg bpanjangan.. Tcapai sgala impian & cita2 ǡƅǧ.. & smoga hbgan kita bahagia hingga ke akhir hayat.. Amin..

Sempat juga ayg merakamkn kenangan di hari lahir ǡƅǧ.. Bila ǡƅǧ tatap gambar nie.. ǡƅǧ ingat laaa ǡƅǧ dh 4 Seriess yer.. Hehehe!!!~ Walau bertambah usia ǡƅǧ skalipn.. Smakin btambah kshsyg n cinta ayg pd ǡƅǧ.. Xpenah sdikitpn bkurang.. Sayang ǡƅǧ sgt2.. Mmmuuuuaaaahhh!!!!


- Is3 aBg Yg SoMeL-
♥ EffaNuar ♥

Rabu, 16 Mei 2012

:: Kisah ROMANTIK Sayidina ALI r.a. & SAyiditina Fatimah r.a. ::

Siti Fatimah Az Zahra r.a mencapai puncak keremajaan dan kecantikkannya ketika Islam dibawa Nabi Muhammad SAW sudah maju dan pesat di Madinah dan sekitarnya. Ketika itu Siti Fatimah Az Zahra r.a benar-benar telah menjadi anak gadis remaja. Keelokan parasnya banyak menarik perhatian. Tidak sedikit pemuda terhormat yang menaruh harapan ingin mempersuntingkan puteri Rasulullah SAW itu. Beberapa orang terkemuka dari kaum Muhajirin dan Ansar telah berusaha melamarnya. Menangani lamaran itu, Nabi Muhammad SAW menyatakan bahawa baginda sedang menanti datangnya petunjuk dari Allah SWT mengenai puterinya itu.

Pada suatu hari Abu Bakar As Siddiq r.a, Umar Ibnul Khattab r.a dan Saad bin Muaz bersama- sama Rasulullah SAW duduk dalam masjid baginda. Pada kesempatan itu diperbincangkan antara lain persoalan puteri Rasulullah SAW. Ketika itu baginda bertanya kepada Abu Bakar As Siddiq r.a, "Apakah engkau bersedia menyampaikan persoalan Fatimah itu kepada Ali bin Abi Talib?"
Abu Bakar As Siddiq r.a menyatakan kesediaannya. Ia berangkat untuk menghubungi Sayidina Ali r.a. Sewaktu Sayidina Ali r.a melihat datangnya Abu Bakar As Siddiq r.a dengan tergopoh-gapah, ia menyambutnya dengan terperanjat kemudian bertanya, "Anda datang membawa berita apa?"
Setelah duduk rehat sejenak, Abu Bakar As Siddiq r.a segera memperjelaskan persoalannya, "Wahai Ali, engkau adalah orang pertama yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta mempunyai lebih keutamaan dibandingkan dengan orang lain. Semua sifat utama ada pada dirimu. Demikian juga engkau adalah kerabat Rasulullah SAW. Beberapa orang Sahabat terkemuka telah menyampaikan lamaran kepada baginda untuk dapat mempersuntingkan puteri baginda. Lamaran itu semuanya baginda tolak. Baginda menyatakan bahawa persoalan puterinya diserahkan kepada Allah SWT. Akan tetapi, wahai Ali, apa sebab hingga sekarang engkau belum pernah menyebut-nyebut puteri baginda itu dan mengapa engkau tidak melamar untuk dirimu sendiri? Kuharap semoga Allah dan Rasul-Nya akan menahan puteri itu untukmu."
Mendengar perkataan Abu Bakar r.a itu, mata Sayidina Ali r.a berlinang-linang. Menanggapi kata-kata itu, Sayidina Ali r.a berkata, "Wahai Abu Bakar, anda telah membuat hatiku goncang yang sebelumnya tenang. Anda telah mengingatkan sesuatu yang sudah kulupakan. Demi Allah, aku memang menghendaki Fatimah, tetapi yang menjadi penghalang satu-satunya bagiku ialah kerana aku tidak mempunyai apa-apa."
Abu Bakar r.a terharu mendengar jawapan Sayidina Ali r.a yang menyentuh perasaan itu. Untuk membesarkan dan menguatkan hati Sayidina Ali r.a, Abu Bakar berkata, "Wahai Ali, janganlah engkau berkata seperti itu. Bagi Allah dan Rasul-Nya, dunia dan seisinya ini hanyalah ibarat debu-debu bertaburan belaka!"
Setelah berlangsung dialog seterusnya, Abu Bakar r.a berjaya mendorong keberanian Sayidina Ali r.a untuk melamar puteri Rasulullah SAW. Beberapa waktu kemudian, Sayidina Ali r.a datang menghadap Rasulullah SAW yang ketika itu sedang berada di tempat kediaman Ummu Salamah. Mendengar pintu diketuk orang, Ummu Salamah bertanya kepada Rasulullah SAW, "Siapakah yang mengetuk pintu?" Rasulullah menjawab, "Bangunlah dan bukakan pintu baginya. Dia orang yang dicintai Allah dan Rasul-Nya, dan ia pun mencintai Allah dan Rasul-Nya!"
Jawapan Nabi Muhammad SAW itu belum dapat memuaskan hati Ummu Salamah r.a. Ia bertanya lagi, "Ya, tetapi siapakah dia itu?"
"Dia saudaraku, orang kesayanganku!" jawab Nabi Muhammad SAW.
Tercantum dalam banyak riwayat, bahawa Ummu Salamah di kemudian hari mengisahkan pengalamannya sendiri mengenai kunjungan Sayidina Ali r.a kepada Nabi Muhammad SAW itu: "Aku berdiri cepat-cepat menuju ke pintu, sampai kakiku terhantuk-hantuk. Setelah pintu kubuka, ternyata orang yang datang itu ialah Ali bin Abi Talib. Aku lalu kembali ke tempatku semula. Dia masuk, kemudian mengucapkan salam dan dijawab oleh Rasulullah SAW. Ia dipersilakan duduk di depan baginda. Ali bin Abi Talib menundukkan kepala, seolah-olah mempunyai maksud tetapi malu hendak mengutarakannya.
Rasulullah mendahului berkata, "Wahai Ali, nampaknya engkau mempunyai suatu keperluan. Katakanlah apa yang ada dalam fikiranmu. Apa saja yang engkau perlukan, akan kauperolehi dariku!"
Mendengar kata-kata Rasulullah SAW itu, lahir keberanian Ali bin Abi Talib untuk berkata, "Maafkanlah aku, ya Rasulullah. Engkau tentu ingat bahawa engkau telah mengambil aku dari bapa saudara engkau, Abu Talib dan ibu saudara engkau, Fatimah binti Asad, ketika aku masih kanak-kanak dan belum mengerti apa-apa. Sesungguhnya Allah telah memberi hidayah kepadaku melalui engkau juga. Dan engkau, ya Rasulullah, adalah tempat aku bernaung dan engkau jugalah yang menjadi wasilahku di dunia dan Akhirat. Setelah Allah membesarkan aku dan sekarang menjadi dewasa, aku ingin berumah tangga, hidup bersama seorang isteri. Sekarang aku datang menghadap untuk melamar puteri engkau, Fatimah. Ya Rasulullah, apakah engkau berkenan menyetujui untuk menikahkan diriku dengannya?"
Ummu Salamah membuka kisahnya: "Ketika itu kulihat wajah Rasulullah nampak berseri-seri. Sambil tersenyum baginda berkata kepada Ali bin Abi Talib, "Wahai Ali, apakah engkau mempunyai suatu bekal mas kahwin?"
"Demi Allah," jawab Ali bin Abi Talib dengan terus terang, "Engkau sendiri mengetahui bagaimana keadaanku, tak ada sesuatu tentang diriku yang tidak engkau ketahui. Aku tidak mempunyai apa-apa selain sebuah baju besi, sebilah pedang dan seekor unta."
"Tentang pedangmu itu," kata Rasulullah menanggapi jawapan Ali bin Abi Talib, "Engkau tetap memerlukannya untuk meneruskan perjuangan di jalan Allah. Dan untamu itu engkau juga perlu untuk keperluan mengambil air bagi keluargamu dan juga engkau memerlukannya dalam perjalanan jauh. Oleh kerana itu aku hendak menikahkan engkau hanya atas dasar mas kahwin sebuah baju besi saja. Aku puas menerima barang itu dari tanganmu. Wahai Ali, engkau wajib bergembira, sebab Allah Azza wa Jalla sebenarnya sudah lebih dahulu menikahkan engkau di langit sebelum aku menikahkan engkau di bumi!" Demikianlah riwayat yang diceritakan Ummu Salamah r.a.
Setelah segala-galanya siap, dengan perasaan puas dan hati gembira, dengan disaksikan oleh para Sahabat, Rasulullah mengucapkan kata-kata ijab kabul pernikahan puterinya: "Bahawasanya Allah SWT memerintahkan aku supaya menikahkan engkau Fatimah atas mas kahwin 400 dirham (nilai sebuah baju besi). Mudah-mudahan engkau dapat menerima hal itu."

"Ya Rasulullah, itu kuterima dengan baik," jawab Ali bin Abi Talib dalam pernikahan itu. Demikianlah berlakunya pernikahan antara dua orang yang sangat dicintai oleh Rasulullah SAW yakni puterinya, Siti Fatimah dan Sahabat yang jua merupakan sepupu baginda yakni Sayidina Ali. Rasulullah SAW mendoakan keberkahan atas perkahwinan itu.
Sejarah menyaksikan bahawa Fatimah puteri Rasulullah adalah seorang wanita mulia yang menempuh berbagai ujian yang memerlukan pengorbanan yang cukup besar dalam hidupnya. Walaupun beliau adalah puteri Rasulullah, namun hidupnya bukannya disaluti kemewahan dan kesenangan, tetapi kemiskinan dan kesusahan. Apabila berkahwin dengan Sayidina Ali, kehidupannya tetap susah. Walaupun Rasulullah pemilik kepada seluruh kekayaan di muka bumi tetapi baginda tidak pernah mendidik anaknya dengan kemewahan.

Sewaktu menjadi isteri Sayidina Ali, Siti Fatimah menguruskan sendiri keperluan rumah tangganya. Sayidina Ali sering tiada kerana keluar bersama Rasulullah SAW.
Setiap hari, Siti Fatimah mengangkut air dari sebuah perigi yang jauhnya dua batu dari rumahnya. Beliau mengisar tepung untuk keperluan makanan keluarganya. Dalam serba susah dan miskin, beliau tetap ingin bersedekah walaupun hanya dengan sebelah biji kurma. Siti Fatimah tidak pernah mengeluh atau menyalahkan suaminya terhadap kesusahan yang terpaksa dihadapinya. Bahkan dikatakan bahawa seluruh kesusahan wanita di dunia ini telah ditanggungi oleh beliau sehingga beliau tidak perlu dipoligamikan. Wanita mulia ini sangat pemalu dan sangat menjaga maruah dirinya.
Sewaktu Rasulullah SAW hampir wafat, dia menemani ayahanda kesayangannya itu. Ketika itu Rasulullah SAW telah berbisik ke telinga kanannya. Rasulullah memberitahu Siti Fatimah bahawa sudah sampai masanya untuk baginda mengadap Tuhan. Siti Fatimah sungguh sedih kerana akan berpisah dengan ayah yang sangat dikasihinya. Kemudian baginda berbisik ke telinga kirinya pula. Siti Fatimah tersenyum gembira. Rupa-rupanya Rasulullah SAW menyatakan bahawa Siti Fatimah adalah orang yang pertama yang akan menyusuli baginda. Siti Fatimah meninggal di usia 28 tahun, lebih kurang lima bulan selepas wafatnya Rasulullah SAW.

~ Wallahualam ~

Rasulullah S.A.W. juga merupakan seorang yang ROMANTIK.. Bagaimana ROMANTIKnya Rasulullah???

- Tidur bersama isteri dalam satu selimut – Daripada Atha' bin Yasar: "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. dan Aisyah r.a., selalu mandi bersama dalam satu bekas. Dan pernah suatu ketika Baginda tidur dengan Aisyah dalam satu selimut, tiba-tiba Aisyah bangun. Baginda kemudian bertanya, "Mengapa engkau bangun?" Jawab Aisyah, "Kerana saya haid wahai Rasulullah," Sabda Rasulullah, "Kalau begitu, pergilah dan pakaikan kain dan dekatlah kembali kepadaku." Aisyah pun masuk, lalu berselimut bersama Baginda." (Riwayat Sa'id bin Manshur)

- Saling memakaikan wangian – Aisyah berkata: "Sesungguhnya Nabi s.a.w. apabila meminyakkan badannya, Baginda akan memulai dengan auratnya, menggunakan nurah (sejenis serbuk pewangi) dan isteri Baginda meminyakkan bahagian lain daripada tubuh Rasulullah s.a.w." (Riwayat Ibnu Majah)

- Mandi bersama isteri – Daripada Aisyah r.a. beliau berkata, "Aku pernah mandi bersama Nabi s.a.w., menggunakan satu bekas. Kami bersama-sama memasukkan tangan kami (ke dalam bekas tersebut)." (Riwayat Abdurrazaq dan Ibnu Abu Syaibah)

- Minum menggunakan bekas yang sama – Daripada Aisyah r.a. dia berkata, "Saya pernah minum daripada cawan yang sama walaupun ketika haid. Nabi mengambil cawan tersebut dan meletakkan mulutnya di tempat saya meletakkan mulut, lalu Baginda minum. Kemudian saya mengambil cawan tersebut lalu menghirup airnya, kemudian Baginda mengambilnya daripada saya, lalu Baginda meletakkan mulutnya pada tempat saya letakkan mulut saya, lalu Baginda pun menghirupnya." (Riwayat Abdurrazaq dan Sa'id bin Manshur)

- Mencium isteri – Daripada Hafshah, puteri Umar r.ha. : "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. mencium isterinya sekalipun sedang berpuasa." (Riwayat Ahmad)

-Berbaring di pangkuan isteri – Daripada Aisyah r.a., "Nabi s.a.w. meletakkan kepalanya di pangkuanku walaupun aku sedang haid, kemudian Baginda membaca al-Quran." (Riwayat Abdurrazaq)
Panggilan mesra – Rasulullah s.a.w. memanggil Aisyah dengan beberapa nama panggilan yang disukainya seperti Aisy dan Humaira' (si pipi merah delima).
Menyejukkan kemarahan isteri dengan mesra – Nabi s.a.w. memicit hidung Aisyah r.ha. sekiranya dia marah dan Baginda berkata, "Wahai Uwaisy, bacalah doa: "Wahai Tuhanku, Tuhan Muhammad, ampunilah dosa-dosaku, hilangkanlah kekerasan hatiku dan lindungilah diriku daripada fitnah yang menyesatkan." (Riwayat Ibnu Sunni)

-Memberi hadiah – Daripada Ummu Kaltsum binti Abu Salamah, dia berkata, "Ketika Nabi s.a.w. berkahwin dengan Ummu Salamah, Baginda bersabda kepadanya: "Sesungguhnya aku hendak memberikan hadiah kepada Raja Najasyi sepersalinan pakaian dan beberapa botol minyak kasturi, namun aku mengetahui bahawa Raja Najasyi telah meninggal dunia dan aku mengagak hadiah itu akan dikembalikan kepadaku, aku akan memberikannya kepadamu." Dia (Ummu Kaltsum) berkata, "Benarlah keadaan Raja Najasyi seperti yang disabdakan Rasulullah s.a.w. dan hadiah tersebut dikembalikan kepada Baginda, lalu Baginda memberikan kepada isteri-isterinya sebotol minyak kasturi, manakala baki daripada minyak kasturi dan pakaian tersebut Baginda beri kepada Ummu Salamah." (Riwayat Ahmad)

Begitulah sifat ROMANTIK yg ada pada Rasulullah S.A.W kpd isterinya..

p/s: tsentuh ati tatkala melihat suami tsyg 'aNuaR aMin' minum segelas & mcari bekas bibir yg diminum olehku.. Ikut cara Rasulallah katanya.. 'Aƅǧ' mmg seorg suami yg romantik.. ΉεΉȩ...

- Is3 aBg Yg SoMeL-
♥ EffaNuar ♥

:: Doa UnTuK Ayah & IBu ::

.بِسْــــــــمِ اٌللَّهِ اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْـــــــــمِ
أٌلحَمْدُلِلَّهِ رَبِ اٌلْعَلَمِينَ*اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْمِ*مَلِكِ يَوْمِ اٌلدِّيْنِ*إِيَّاكَ نَعْبُوْدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِيْنُ*إٌهْدِنَا الصِّرَطَ اٌلْمُسْتَقِيْمُ*صِرَطَ اٌلَّذِيْنَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِّمْ غَيْرِاٌلْمَغْضُبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ اٌلضَّآلِّينَ*آمِـــــــــي

Ya Allah..
Rendahkanlah suaraku bagi mereka..
Perindahlah ucapanku di depan mereka..
Lunakkanlah watakku terhadap mereka..
Dan lembutkan hatiku untuk mereka..

Ya Allah..
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya..
Atas didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas
kesayangan yang mereka limpahkan padaku..
Peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku...

Ya Allah..
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan..
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku..
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku..
Jadikanlah itu semua penyebab susutnya dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan
mereka dengan perkenan-Mu Ya Allah..
Hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan
kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah..
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku..
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku..
Tetapi jika sebaliknya..
Maka izinkanlah aku memberi
syafa'at untuk mereka..
Sehingga kami semua berkumpul
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman yang dinaung kemulian-Mu.. ampunan-Mu serta rahmat-Mu... .

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha Agung..
Serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah Yang Maha Pengasih diantara semua pengasih...

- Amin Ya Rabbul Alamin..-

Marilah kita kenangkan dosa kita kepada orang tua kita. Siapa tahu
hidup
kita dirundung nestapa kerana kedurhakaan kita. Kerana kita
menghisap
darahnya, tenaganya, airmatanya,
keringatnya. Istighfarlah, Istighfarlah. ..
Barangsiapa yang matanya pernah sinis melihat orang tuanya. Atau
kata-katanya sering mengguris hatinya, atau yang jarang
memperdulikan
dan
mendoakannya. Percayalah bahawa anak yang derhaka siksanya
didahulukan
didunia ini.
Ayah... Ibu ampunkanlah dosa-dosa anakmu...

-Cintailah 'AYAH' seperti mana kamu mencintai IBUmu.. Jangan pernah bezakan kasihsayang yang diberi antara mereka,kerana
kasihsayang seorang AYAH pada anaknya jarang sekali diucapkan melalui kata-kata.. Tetapi "diucap" melalui setiap pengorbannannya..


** Ssungguhnya diri ini terlalu merindukn arwah ayah & abah..(Allahyarham Mahmood Bin Daik )..
(Allahyarham Amin Bin Yusuff) &
Arwah Ibu..(Allahyarhamah Kamsiah Bte Haron).. Smoga arwah ditempatkn dkalangan hamba2Nya yg beriman**
Aminn...


Namun..
Aku msih pnya 'MAK' yg dpt ku menumpang kasihsygnya.. 'MAK' yg mlayan aku dgn baik & penuh kshsyg spt ank kandungnya sndiri.. Doaku smoga 'MAK' dkurniakn kesihatan yg baik.. Serta ksejahteraan yg bpanjangan.. Amin..

Sayanngggg 'MAK' (Pn. SaLMah Bte SaNgKan)..MMmmuuuuuuuaaaaaahhhhh!!!~


p/s: Sambutan Hari iBu & Hari Bapa adaLah setiap hari bgku.. Bkn blaku setahun skali... Stiap hari nama mereka sentiasa harum
& subur di ati ini.. Hnya doa yg
mampu ku kirimkn stiap x kerinduan ini btandang..


- Is3 aBg Yg SoMeL-
♥ EffaNuar ♥

Isnin, 14 Mei 2012

Buat SuaMi TeRsaYaNg 'aNuaR AMiN @ Yop PaSirSaLak' Epy BesDay áƀğ syg '.. 14May 2012..

14May (Isnin)..
Pd hari ini genap suamiku yg tsyg menyambut hari uLang Tahunnya yg ke 4 Seriesss.. Hehehe.. Bmula dr mlm td lg ntah x keberapa ayg wish besday kt áƀğ.. Ayg xjemu nk ucapkn epy bday kt áƀğ sbb áƀğ 6pak manjer jer bila kena wish.. Hehehe..

Mlm td kira2 pkul 12.30am.. Áƀğ genggam tgn ayg & mbisikkn di telinga ayg.. Betapa áƀğ sygkn ayg.. Allah telah takdirkn kita utk hdup sbgai suami is3 & janji áƀğ hnya ayg yg áƀğ syg n cinta.. Kshsyg serta cinta áƀğ pd ayg bkn main2.. Kita akn bsama hgga ke akhir hayat.. Ayg ckup tharu dgn ucapan áƀğ itu.. Sgguh tharuu.. Sebakkk!!! Tetapi ayg xnk mgalirkn airmata dhadapan áƀğ.. Ayg hadiahkn kucupan syg di pp áƀğ.. Syahduuu! Sgt masa tue!!!~


Buat suami ayg yg dsygi.. 'aNuaR aMiN @ Yop PaSir SaLak'..
Seorg Insan yang penuh dengan cinta kasih dan sayang..

Ayg panjatkan rasa penuh kesyukuran pada Allah.. krn memberikan masa untuk ayg mengenali erti kasih sayang dari insan dan Tuhan, menghayati pengorbanan luar biasa yang mencetus keinsafan dan memberikan ayg waktu untuk mengecap cinta sedingin salju..

Buat áƀğ.. suami yg ayg cintai..
doa ayg tujukan khusus buat áƀğ... Tika sujud yang panjang, ayg memohon agar kehidupan áƀğ sentiasa dalam rahmat Tuhan. Semoga Allah panjangkan umur áƀğ.. diberikan kesihatan yang baik dan rezeki yang penuh keberkatan.. Amin..

Ayg sntiasa Bdoa.., biarlah hanya yang terbaik berlaku dalam kehidupan, dunia dan akhirat bersama kita gapai penuh kesyukuran. Harapan dan impian ayg.. agar mampu membuat áƀğ sentiasa tersenyum dan tertawa saat kita bersama meniti usia.. Moga Allah berikan ayg kekuatan untuk membekalkan tenang dihati áƀğ walaupun tika hidup kita di hempas gelombang..

Terima kasih Tuhan kerana Kau jadikan dia 'aNuaR aMin' sbg suami untukku....

Terima kasih áƀğ.. krn khadiran abg begitu membahagiakan ayg.. Smoga ikatan kasihsyg yg kita bina ini bkekalan hgga ke akhir hayat.. Ayg tlalu sygkn áƀğ.. 'SeLaMat HaRi JaDi Aƀğ Syg' Mmmmuuuuuaaaaaahhhhh!!!!

p/s: Wpn áƀğ dh msuk 4 Seriess.. Tdk akn bisa mngubah kshsyg & cinta ayg pd áƀğ.. Bg ayg áƀğ tetap muda n ensem spt saat kali pertama kita bertemu.. Malah btambah ensemmm sgt di mata n di ati ayg wt selama2nya.. Hehehehe.. 'Luv u so Muchhhhhh!!!!


- Is3 aBg Yg SoMeL-
♥ EffaNuar ♥

Selasa, 8 Mei 2012

MAY 2012

Tinggal 7 hari lagi jer den berada di usia 3 puluhan. Selepas 7 hari ni, iaitu pd tanggal 14 May ini, Anuar Amin akan berada di alam kehidupan baru. Memasuki usia 4 puluhan.... Iskkk... Ishhh...  ohhhhhh tiiiiDaakKkKkK!!!!

Kata orang, memasuki usia ini membuatkan kita mampu berfikir lebih matang... (tak semua... kot!!!) Kiter perlu berubah... Perlu.... ermmmm... lebih memikirkan yg kita dah  T u a... malah ada pendapat mengatakan, J I K A  kita tak berubah juga (maksudnyer meninggalkan kejahatan) maka payah, atau susah untuk kita berpisah dengan kejahatan itu... cHop!!! Kejahatan camne ek??? mencuri???merompak??? membunuh??? ituuu jahattttttt sangat nye pon tu adoiiii.. bukan itu jahat maaaa.... abissstuuuuuuu????

camniiiii.. j a h a t  tak semestinya seperti yg disebutkan di atas tadi...  j a h a t  yg dimaksudkan adalah berkaitan tentang kemaksiatan kita samada sesama manusia atau pun terhadap ALLAH. Paham???? x paham jugak???? Hehehe... Lantak la kalau korang tak paham...

Senang ceghiterrr, Anuar Amin ingin berubah menjadi baik... Abis tu selama ni tak baikkkk kerrrrr yOp????  Selama ni baik laaaaaa... tapi aku nak menjadi lebih baik , lebih baik dari dulu-dulu. Itu tekad & cite-cite... tak salahkan????
m a m p u  ker yOp???
J a w a p a n n y e  c a m n i  :-

B O L E H!!!
Jika insan tersayang sama-sama membantu... Owhhh, nak bantuan ler??? Bantuan camner tu??? Ce citer... cer citer... Ye laaa... kena bantu laaaa... bukan bantuan wang ringgit... tolong bantu beri sokongan, semangat dan yang paling penting...  k e p e r c a y a a n... itu semua penting jika ingin melihat sesorang yang kita sayang berubah. Anuar Amin  ingin berubah menjadi lebih baik, bukan sebaliknya.. T a k  g i t u ? ? ?

Nak tanya soklan lagi??? Agak-agak lerrr... sudi tak sidia tu membantu???
 ermmmmm.... yang tu kena tanya dia lerrrr... huhuhu

Buat sidia yang mengatakan bahwa dia sangat menyayangi Anuar Amin, tolong berdoa serta bantu suamimu menjadi hamba ALLAH yang soleh, anak yang soleh, suami yang soleh, ayah yang soleh dan segala2 yang baik di sisi ALLAH.

Yakinilah suamimu ini...

m e m b i l a n g  h a r i . . . . .

..:: A n u a r  A m i n ::..

Selasa, 1 Mei 2012

:: MU vs Man City ::

Adeiiiii.. Bsengkang mata ler lg nih.. Temankn somi den nk tgok MU vs Man City.. Nasib esok cutiiii.. Hari Pekerja 1.5.2012!!!~ bmakna esok den bcuti jd drebar.. ķĭķĭķĭķĭ.. Den nie sebenarnya xder ler bape minat sgt bola nie tp kena paksa minat MU gak.. Pebret team somi den.. Pebret Player dia dh tentu yg pakai jersi No 10.. Tekaaa lerrr saper.. Cer Tekaaa.. Cer Tekaaa.. ħęħęħęħęħę!!!~

Mintak2 menang lerrr MU.. Bkn apa.. Kalu kalah nt somi den mogok xnk mkn.. Den gak yg susah ati.. Nie laaa kalu dh Mkn ɃȪĿǍ!!! Tdo ɃȪĿǍ!!! (•͡.̮ •͡ )
. Den bkn per.. risauuu!!! Kang ɃȪĿǍ ntah ke mana.. Dua dua dh bdgkur dpn tv.. Hahaha.. Pape pn.. GO MU!!!!~


K laaa.. Match da nk setart.. Enjoyyyyyy!!!!~

Is3 áƀğ Yg SoMeL:-
♥ EffaNuaR ♥


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone